kLik siNi jUga..

Thursday, August 2, 2012

ramadhan


"Ramadhan kini sudah tiba di pertengahannya. Jangan biarkan hari-hari seterusnya berlalu dengan sia-sia.Isilah ia dengan kebaikan dan amal ibadat kepada-Nya. Moga-moga mendapat maghfirah (keampunan) dari-Nya atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan samada secara sedar mahupun tidak."
~norafifahzaki~

"Apabila telah tiba ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 14, 2012

Welcome back..

Setelah sekian lama,saya kembali lagi utk mengupdate blog nie.Malas kott..tambah2 lagi dgn x dew idea nak tulis apa.Sblm msuk blog sndr td sempatlh lawat2 blog org.Mcm2 cerita yg diorg tulis.Da yg cerita ttg holiday lh,birthday party lah,diorg punyer pakwe makwe lah..(mcm diorg sorg jew da pakwe makwe).P x kesah lah..diorg punyer blog kan..

So,terfikir2 lah sy,agaknya nak tulis apa tuk blok entry ari ni...ermmmmmmmmm..

Fikir punyer fikir,mulut nie rasa teringin pulak nak makan bubur keledek dan sagu.Lama sgt dah rasanya nak makan benda alah nie.Tapi tu lah kan..BUSY(campur malas sbnrnya nak buat).Student lah katakannn..Mcm yg lecturer sy prnh kata,"x dew org yg lebih busy selain drpd student"(saya iakan jew..hahahaha)

Benda nyer, x dew lah susah sgt nak buat.Bahan2 pun bleh dpt kat kedai2 runcit biasa.Jd,hari nie sy nak berkongsi resepi 'Bubur keledek dan sagu' dgn anda semua.(bg yg dah tahu,pndg sblh mata jew lh resepi ni..huhu)


Bahan-bahan:
250 gm keledek - bersih dan potong kiub
1/4 cawan sagu - rendam selama 1/2 jam
1/2 sk halba
100 gm pati santan
Air secukupnya untuk kuah
6-7 sb gula - atau secukupnya
1/2 sk garam
2 helai daun pandan - simpul

Cara-cara:

1. Rebus ubi sampai empuk.

2. Bila ubi dah empuk, masukkan semua bahan-bahan lain dan masak hingga sagu kembang dan santan mendidih.

3. Tutup api dan hidang. Senangkan?

Tak sabar rasanyer mulut nie makan.So,anda boleh lah cuba skli..Moh lah kite rajin2 kan diri..
Selamat menjamu selera buat diri sendiri..hehehehe

Friday, February 24, 2012

T!P$ MeNcaR! jOdOh tAnPa 'CouPle'

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah..
berserah sahaja kepada Allah..
bila MASA sudah sampai,dapatlah

(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit..persiapkan diri dgn tanggungjawab..
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah,maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu,dah cukup duit & persiapan..
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus
tak payah nak berCOUPLE bagai,buat maksiat sahaje apa guna..
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu
simpan lah dalam hati,cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only..

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r?
Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye..Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang.
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal.
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang..I have DONE my job,
nnt itu antara kamu dan Allah ek..

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu..
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri,
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah,niat tidak memBENARkan cara..

(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah..
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤

Sunday, January 15, 2012

bEHargaNYa seOraNG WaniTa..

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

~permata ILMUu~